DARUL TAHFIZ UMMUL QURA ADALAH PENOLONG AMIL BERTAULIAH LANTIKAN LEMBAGA ZAKAT SELANGOR

"Ambilah (sebahagian) dari harta mereka menjadi sedekah (zakat), supaya dengannya engkau membersihkan mereka (dari dosa) dan mensucikan mereka (dari akhlak yang buruk); dan doakanlah untuk mereka, kerana sesungguhnya doamu itu menjadi ketenteraman bagi mereka. Dan (ingatlah) Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui." [ Surah At-Taubah (ayat 103) ]
"Dan dirikanlah kamu akan sembahyang serta keluarkanlah zakat dan taatlah kepada Rasul supaya kamu beroleh rahmat." [ Surah An-Nur (ayat 56) ]
"Dan (ingatlah wahai Muhammad), ketika Kami mengikat perjanjian setia dengan Bani Israil (dengan berfirman): Janganlah kamu menyembah melainkan ALLAH, dan berbuat baiklah kepada kedua ibu-bapa, dan kaum kerabat dan anak-anak yatim, serta orang miskin; dan katakanlah kepada sesama manusia perkataan-perkataan yang baik; dan dirikanlah sembahyang serta berilah zakat. Kemudian kamu berpaling membelakangkan (perjanjian setia kamu itu) kecuali sebahagian kecil daripada kamu dan sememangnya kamu orang yang tidak menghiraukan perjanjian setianya." [ Surah Al-Baqarah (ayat 83)]
Assalamualaikum wbt.
Terima kasih kerana berzakat melalui Darul Tahfiz Ummul Qura. Untuk makluman, Darul Tahfiz Ummul Qura adalah Penolong Amil lantikan Lembaga Zakat Selangor (LZS) yang ditauliahkan untuk membantu LZS dalam kutipan zakat.
Zakat anda telah membantu hampir 75,000 keluarga asnaf di selangor dan turut membantu pendidikan pelajar dan pembangunan Darul Tahfiz Ummul Qura.
Kami menghargai zakat anda, teruskan menunaikan zakat melalui Darul Tahfiz Ummul Qura. Lengkapkan maklumat di bawah dan terus buat pembayaran zakat menggunakan system FPX (Billplz) untuk menunaikan zakat anda.
Doa setelah menunaikan zakat
آجَرَكَ اللَّهُ فِيْمَا أعْطَيْتَ وَجَعَلَهُ لَكَ طَهُورًا وَبَارَكَ لَكَ فِيْمَا أَبْقَيْتَ
Semoga Allah membalas (memberikan balasan yang baik) apa yang engkau beri dan memberkati harta yang engkau yang engkau tinggalkan (dirumah) dan menjadikannya harta yang bersih untukmu.
Pengesahan Darul Tahfiz Ummul Qura sebagai Penolong Amil: KLIK
KLIK ICON UNTUK INFAQ | KLIK ICON UNTUK TAHLIL |