Sumbangan Bagi Perlaksanaan Tahlil Arwah Oleh Pelajar-Pelajar Tahfiz
"Wahai Rasulullah, sedekah apakah yang paling besar pahalanya?". Beliau menjawab: "Kamu bersedekah ketika kamu dalam keadaan sihat dan kikir, takut menjadi faqir dan berangan-angan jadi orang kaya. Maka janganlah kamu menunda-nundanya hingga tiba ketika nyawamu berada di tenggorakanmu. Lalu kamu berkata, si fulan begini (punya ini) dan si fulan begini. Padahal harta itu milik si fulan". (HR. Bukhari) [No. 1419 Fathul Bari] Sahih.
.
“Dan barang apa sahaja yang kamu nafkahkan, maka Allah SWT akan menggantikannya dan Dialah Pemberi rezeki yang sebaik-baiknya” [Surah Saba’ : 39]
.
“Minta ampunlah bagi saudara kamu dan pohonlah supaya ia tetap pendirian kerana sekarang ia sedang disoal (dalam kubur).” (Riwayat Abu Dawud)